Permata Hatiku

Permata Hatiku

Kesihatan

, 0 comments

Awas puting bayi !!!!!!


ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.
Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.
Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.
Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.
Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.
Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.
Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.


BOTOL susu juga berupaya mengganggu perkembangan kanak-kanak.

Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.
"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.
Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.
Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.
Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.
Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.
AMALAN menggunakan puting bayi boleh mengakibatkan gejala kerosakan gigi pada kanak-kanak.
Penggunaan secara berlebihan
Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.
Gejala-gejalanya ialah:
* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.
* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.
* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.
* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.
* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.










Jamuan Hari Raya Di Pegis

, 0 comments


Aku baru ja masuk di Pegis dh buat jamuan.....klu x silap aku br ja msk semiggu.

Best gak sebelum ni aku dkt JPS tp penah sambut hahaha xtau la pulak klu aku x perasan ada depa wat hehe....

Aku x tau nk bw pa sbb dekat umh pn kuih dah habis buat agar2 santan byk gak la last2 x bawa x jd la pulak kali ni xtau salah dkt mn.

Produk Avail Beauty

, 0 comments



FC Bio Sanitary Pad

Avail Beauty Sdn. Bhd. Malaysia memperkenalkan anda satu konsep yang terbaru, iaitu FC Bio Sanitary Pad yang diperbuat daripada ramuan herba semulajadi. FC Bio Sanitary Pad yang bermutu ini diperbuat daripada:-


- Bahan mentah yang berkualiti dan selamat
- Tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin atau bahan-bahan lain yang merbahaya.
- 100% Liputan KapasIa adalah rakan sebaya para wanita yang meneman anda melalui sepanjang masa keemasan anda. FC Bio Sanitary Pad pastinya pilihan utama para wanita yang mengejar kesihatan dan kesejahteraan!

Fungsi dan Kelebihannya:-

- Mencegah senggugut
- Mengawalatur kitaran haid
- Mencegah buasir
- Membuangkan angin perut
- Menghilangkan bau
-Membuang darah beku di rahim
- Mencegah keradangan dan membasmi kuman
- Mengurangkan keputihan, kekuningan dan kegatalan faraj
- Menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim




Tuala Wanita Kapas Lembut Pantiliners (40 pads) iaitu:-


- Menyerap buangan dengan efektif, rasa bersih dan segar semasa.
- Perasaan selesa dan lembut semasa tempoh haid tidak aktif .







Tuala Wanita, Kegunaan Malam , Permukaan Kapas Lembut (20 pads) iaitu:-

- Diperkayakan dengan gel untuk penyerapan berdalir yang lebih kuat dan penyimpanan.
- Pengawalan punggung yang lebih panjang dan luas, rekaan unik berbentuk kapas bahagian belakang dan tepi bagi pencegahan kebocoran lekuk panjang untuk pencengahan kebocoran yang efektif serta penyediaan secukupnya alas tutup, selamat dan dipercayai.





Tuala Wanita, Kegunaan Hari , Permukaan Kapas Lembut (20 pads) iaitu:-

- Diperkayakan dengan gel untuk penyerapan berdalir yang lebih kuat dan penyimpanan.
- Rekaan unik bagi mengelakkan kebocoran tepi lekok panjang, untuk penegahan kebocoran yang efektif, selamat dan dipercayai.